aSsAlAmMuAlAiKuM.....

aSsAlAmMuAlAiKuM.....

Followers

Saturday, November 13, 2010

Yang Terlarat Hari Ini....

Assalamualaikum wbt....

Inilah hasilnya...sepanjang 2 hari sejak semalam...berpinau-pinau mata mengadap depa nih...tapi dah minat...ku tahankan jugak, lagipun permintaan orang...jangan dikecewakan...

Tempahan dari Hani....
4 biji throw pillow, 3 helai tablerunner with different sizes, dan reben tapi masih belum dihasilkan sebab Hani masih belum beri saiz framenya lagi....





Ini pulak tempahan dari Maslina....
Dia dah roger2 tadi...tanyakan dia punya dah siap ke belum...hehehe, dah siap cik adik, nanti akak poskan hari Isnin yer....anyway, thanks Mas sbb masih sudi menempah dengan akak....dia dah masuk kali kedua tempah dari ku....alhamdulillah!!

Tempahan Maslina consist of 12 pieces triangle doilies dan sepasang reben untuk pinggan 2 biji.



Ini pulak tempahan dari my colleague...Suraya. Dia nakkan 2 helai runner untuk meja makan dan kabinet pinggannya...Isnin aku bawa sekolah yer Su.....




Dan, akhir sekali...tambahan tempahan dari CT. Tak cukup 3 helai katanya.....


Sementara menjahit runner tadi, dapat lagi tempahan dari Alimah, Kemaman. Sabar yer Imah....ada beberapa lagi yg turnnya belum sampai...InsyaAllah..akan menyusul turn Imah pulak...

Okay, kepada sesiapa yang berminat untuk menempah, sila hubungi 019-6692644 (Ayu...akulah tu!! huhu..)

No comments:

Post a Comment