aSsAlAmMuAlAiKuM.....

aSsAlAmMuAlAiKuM.....

Followers

Tuesday, May 18, 2010

Sweet hanging pillows..

Salam sejahtera semua...dah beberapa hari x buat n3. Kalau nak cerita sebabnya pun, bukanlah ianya jadi penyebab tapi apa yang berlaku adalah suatu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah. Ayu ada bercerita sebelum ini tentang arwah emak yang telah meninggal dunia pada awal tahun 2007 yang lalu. Kalau diimbas semula, pemergiannya adalah suatu yang paling sedih untuk dikenang. Namun, takdir Tuhan mengatasi segalanya. Ayu redha apa yang berlaku. Kalau frens sume nak tau, arwah emak meninggal dunia akibat penyakit yang paling kita semua takuti iaitu kanser. Arwah emak mengidap penyakit kanser tulang yang hanya diketahui beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. Dan yang paling menyedihkan, 6 tahun sebelum itu, arwah abang sulung juga meninggal dunia akibat kanser buah pinggang. 
Semalam, Ayu berkejar ke Johor Bahru kerana pergi mendapatkan satu-satunya kakak Ayu di dalam dunia ini yang kini juga sedang mengidap bone cancer rentetan dari breast cancer yang telah dihidapi 3, 4 tahun yang lalu. Tuhan telah mengurniakan Ayu sekeluarga satu dugaan yang cukup besar untuk kami semua hadapi. Terkadang terfikir bahawa, ini semua adalah salah satu lorongan supaya kami semua sentiasa mendekati Allah tanpa mengira masa. Allah mahu hamba-hambanya  sentiasa mengingati mati dan tidak hanya mengejar duniawi. 
Doakanlah semoga kakak Ayu dipanjangkan umur, diberikan ketabahan dan semangat yang kuat untuk terus berjuang melawan penyakit ini..InsyaAllah, Ja...kalau Ja buka blog Ayu ni...ketahuilah bahawa Ayu sentiasa mendoakan semoga Ja akan terus dipanjangkan umur untuk menjaga boy Ja sorang tuh...Daneal Shahmi..InsyaAllah Ja..
Kawan2...Ayu memohon u all semua doakanlah kakak Ayu agar selamat dari penyakit tersebut..dan dapat meneruskan hidup ini dengan lebih lama lagi..AMIN...


Oklah, kelangsungan hidup tetap kita teruskan. Well, di sini Ayu attachedkan gambar sweet hanging pillow yang dah lama Ayu tempah dari SueSweetCottage..sweetkan!! hang kat pintu bilik tidur 3 of my doters..
(sori ye Sue..dah lama bru nk n3..)




Pillows ni mengikut kehendak favourite colour memasing..seb baik Sue ada sume kaler tuh..


Ini pulak n3 pasal lemari2 yang dah agak lama berada dalam teratak Ayu.. lemari buku ni dah berumur hampir 15 tahun yang lalu iaitu almari yang dibeli oleh 1st salary yang diterima oleh hubby...haa...lama kan..dia memang sayangkan almari nih..seb baik dia bagi kite putihkan..asalnya kaler brown.


Yang ni pulak, kabinet tv pertama kami...pun dah lama dibeli..tapi sayang nak buang then kite putihkan dia jugak..(abaikan isi dalam yer...x sempat nk kemas)..nak decal2 pun x sempat lagi..


semua ni Ayu cat sendiri...hubby mmg x minat nak tolong, tapi asalkan dia x halang...tuh dah kire bagus dah tu..!!


1 comment:

  1. salam, besarnya dugaan yg mnimpa... mudh2an ada rahmatnya buatmu sekeluarga. Smoga kak Ja cepat smbuh.
    Adik ipar kwn sy lbih kurg 3 thn dulu diserang kanser. Lepas kemo tu, mmg kurus kering dan botak licin kepalanya. Tapi hari ini dia sudah 95% smbuh smpi sy tak kenal. Tubuhnya dah berisi, rambut pun dah lebat. Tak mustahil kalau Kak Ja dpt smbuh sprti sediakala, insyaAllah.. saya doakan smoga dia dberi kkuatan dlm mlawan pnyakitnya. Berat mata mmndg, brat lagi bahu mmikul. Smpikan salam sy pada kakak Ayu..

    ReplyDelete