Assalamualaikum wbt...
Syukur kepada Allah kerana semuanya telah berjalan dengan lancar. Pengkebumian kakakku pun telah selamat dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah. Arwah telah dikebumikan di Mersing...tempat kelahiran suaminya. Kami hanya mengikut kehendak suaminya, mungkin untuk memudahkan dirinya untuk menziarahi kubur arwah nanti.
Bohong jika ku katakan ku tdak bersedih dengan kehilangan satu-satunya kakakku di dunia ini. Namun, setelah apa yang telah dilaluinya olehnya selama beberapa tahun ini, aku redha dengan pemergiannya mengadap Ilahi.
Ku juga ingin berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengucapkan bermula doakan dia untuk kembali sembuh tempohari hinggalah ucapan takziah atas pemergiannya. Semoga apa yang uolls telah lakukan dibalas oleh Allah swt.
Ku memang betul-betul redha atas pemergiannya kerana selama seminggu ku berada disisinya, ku anggap itulah penderitaan yang paling azab dia alami. Jadi, sesungguhnya adalah lebih baik Allah mengambil nyawanya daripada dia berterusan terseksa menanggung kesakitan. Hingga tiada air mata lagi untuk ku tumpahkan malah ku rasa bersyukur kerana dia pergi dengan begitu aman sekali.
Alhamdulillah juga, kehadiran rakan-rakan dan bekas pelajar-pelajar dia di ITTAR dulu...memujinya sebagai seorang insan yang begitu baik dikalangan mereka. Raut wajahnya ketika dikafankan begitu lembut hinggakan seorang ustazah menyatakan.."InsyaAllah, Allah akan merahmatinya".......
Apa yang perlu ku lakukan sekarang adalah meneruskan hidup ini yang tidak kita ketahui bagaimana pula nasib kita nanti. Semoga kita juga akan mendapat rahmat dari Allah swt.
Akhir sekali, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah kakakku Hamiza Bt Bunyamin semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah...AMIN
al fatihah buat aruah..sesungguhnya allah maha mengethaui apa yg terbaik buat hambanya...insyaallah aruah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah kak Miza....Seoga roh nya di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman....AMINNN...
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah...
ReplyDeletesalam kakayu
ReplyDeleteALFATIHAH..buat akak sekeluarga..smoga arwah kekanda tercinta ditempatkan bersama para mukminin..amin..sabar yer kak..
salam kakAyu,
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah, smg rohnya ditempatkan dikalangan org beriman, insya-Allah.
TAKZiAH buat kakAyu dan keluarga.
salam kak ayu..
ReplyDeletesalam takziah buat akak sekeluarga..semoga rohnya dicucuri rahmat..alfatihah..
Takziah buat ayu.....Doakan yang pergi yer, usah ditangisi lagi walaupun pedih....Alfatihah
ReplyDeleteAlfatihah, moga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-Fatihah dan salam takziah untuk ayu sekeluarga..walaupun pedih dan sakit menerima dugaan ini redhalah atas ketentuanNya..semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin
ReplyDeleteAl-fatihah dari saya,redo kan dia pergi...
ReplyDeletemuga rohnya dicucuri rahmat...Amin
al Fatihah, moga arwah ditempatkan orang orang yang soleh...
ReplyDeletetakziah tuk kak ayu sekeluarga...alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik. Al-fatihah untuk arwah
ReplyDeleteSalam Ayu...
ReplyDeleteTakziah akak ucapkan buat keluarga Ayu. Akak sedih sebab akak rancang nak jumpa Miza bila akak balik ke Malaysia tahun depan. Rupanya tak sempat. Sedih...
Salam Ayu..
ReplyDeleteSalam takziah...dn Al Fatihah..pd kakak Ayu, semuga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..
Ya Allah ...mohon rohnya dicucuri rahmat Amin..(kak ayu...sy tumpang sedih..huhu)
ReplyDeleteAl-Fatihah..salam takziah dr Lis seisi keluarga..
ReplyDeleteLis doakan rohnya ditmpatkan bersama2 mereka yg beriman..diSisinya..Amin..
Al-Fatihah...walaupun hanya seketika dpt bertemu arwah selepas hampir 10 tahun tidak bertemu...dlm keadaan sakit arwah masih ingat lagi saya..sgt terharu...tempat pertemuan kami yg pertama di Menara Wong Ah Fook, JB, waktu tu saya pekerja baru di YPJ(3/6/1998), kami duduk sebilik, jln2 di sekitar jb bersama, pergi kelas master sama2 dan byk lagi kenangan yg kami kongsi bersama. apabila saya berpindah dr JB, hubungan kami bagai terputus dan bersambg kembali di alam FB. Saya memantau kehidupan arwah di FB. 28/8/10 adalah pertemuan terakhir saya dan arwah di Hospi. Johor speacialist....ianya sgt mengharukan. arwah mempunyai peribadi yg sgt baik sebagai seorg sahabat dan kakak...Razilla
ReplyDeleteSalam Takziah Ayu,
ReplyDeletemaaf terlambat, kak azi balik kg, line takde, hari ni baru tahu, semoga arwah kakak Ayu di tempatkan di kalangan org2 yg solehah. Kak azi pernah lalui apa yang Ayu lalui,suami kak azi pun meninggal kerana kanser, memang kita meredhakan pemergian nya,malah meminta Allah menjemputnya sekiranya itulah jalan yang terbaik untuk dia, sebab taksanggup melihat penderitaan yg ditanggung..sedih, tersangat sedih, sedih yg tak dpt di gambarkan atas kehilangan org yg kita sayangi, Semuga dibulan mulia ini Allah mencucuri rahmat hamba2nya yg telah kembali kepadaNYa. Al Fatihah
salam takziah buat kak ayu sekeluarga..semoga roh arwah dicucuri rahmat....amin...
ReplyDeleteSalam semua..terimakasih kepada yang mengucapkan takziah dan menitipkan doa untuk arwah kakak Miza...smoga kalian juga akan dibrkati dan dirahmati oleh Allah swt. Mudah-mudahan arwah berada dibawah lindunganNya hasil dari doa kalian...
ReplyDeleteTerimakasih banyak2...hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian...AMIN..