Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya sekarang nih ku sedang ber CUTI TANPA GAJI selama seminggu lebih sekadar untuk menemaninya dan membantu dirinya yang semakin lemah untuk menjalani kehidupan seharian. (Nasib baik my Big Boss memahami keadaan kakakku...dan dia meluluskan cutiku itu...mmg dia dah sedia maklum, anytime aku akan minta cuti tanpa gaji itu..)
Hari Isnin aku nekad drive ke JB dengan 2 orang anak kecilku...sedangkan anakku lg 2 orang tinggal dengan babanya di rumah. Nasib baik sekali lagi sebab aku dapat suami yang begitu memahami keadaan ini. Sanggup melepaskan aku dalam bulan puasa ini untuk dia bersahur bertiga bersama anak-anakku yang 2 orang itu.
Baru 3 hari ku berada di rumahnya ini...dan sepanjang itu juga aku begitu terasa seksanya dia menanggung kesakitan yang tidak ku ketahui tahapnya. Kita hanya memandang...dia yang menanggung??? Hanya dia dan Allah yang mengetahuinya.
Malam pertama ku disini...untuk pertama kalinya ku bersama-samanya tidak tidur malam sebab dia mahuku mengurut seluruh badannya yang terasa sakit...hingga terlelap-lelap aku mengurutnya..sedangkan dia mengidap insomnia (x boleh tidur)...Dia kata, x pernah rasa mengantuk dan memang x dapat tidur...Aduh, seksanya. Itu baru satu malam sedangkan dia dah menanggungnya berapa lama?? x ku tahu....
Malam tadi selepas berbuka, kami membawanya ke hospital sebab dia mengadu tidak dapat bernafas. Memang Dr dah maklumkan bahawa peparunya ada air dan boleh dibuang dalam beberapa minit sahaja tapi baru malam tadi kami decided nak lakukan proses tersebut. Alhamdulillah, air sebanyak hampir 1/2 bag dapat dikeluarkan. Harap2 proses tersebut dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 2 orang sahabat kakakku iaitu Kak Jazilah dan Kak Khairul yang sudi datang ke rumah setiap kali lepas waktu bekerja semata untuk meluangkan masa menyapu dan mengurut seluruh badan kakakku dengan minyak Nona Roguy yang dibeli oleh mereka. Kedatangan mereka setiap petang sungguh menceriakan keadaan sebab derang nih happy go lucky...so, kitaorang pun rasa happy sangat...tambahan pula Kak Jazilah tu juga pernah terlantar sakit stroke...dan semangat yang dibawa turut menambahkan keyakinan kepada kakakku untuk terus berjuang.
Juga aku bersyukur kepada Abang Shahrim (suami kakak) kerana sangat-sangat bersabar dalam menghadapi dugaan ini. Rasanya payah juga nak jumpa lelaki macam dia....Agaknya dalam sehari ntah berape kali dia keluar masuk umah...ada saja halnya yang perlu dilakukan demi untuk kakakku...kesabarannya payah dicari, ketabahannya sukar diperolehi.....
Akhir kata, disini ku memohon sekelumit doa dari kalian yang membaca n3 ini untuk dititipkan kepada kakakku semoga dia dipanjangkan umur (ku masih belum bersedia untuk menghadapi kehilangannya...), diberikan kesihatan yang baik, dibuang jauh-jauh penyakitnya dan diberi peluang kepadanya untuk melakukan ibadah dengan lebih sempurna, dan dapat mendidik anaknya yang seorang itu hingga dewasa....
AMIN YA RABBAL ALAMIN....
~ Ayu, Johor Bahru ~
25/8/2010
Ya Allah ya tuhanku, kau ringanlah sedikit beban kesakitan yang ditanggung oleh umat mu ini.. Semoga dia terus tabah menghadapi ujian darimu itu YA Allah.....AMINNN ya rabbil Alamin..
ReplyDeleteBerat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kak..... semoga kakak akk mendapat keredaan dari NYA dengan apa yang ditanggung nya selama ini. InsyaAllah...
salam ramadan untuk kakak akk sekeluarga...
sabar ya kak ayu.semua ni ujian dari Allah yang maha esa.
ReplyDeletesemoga kakak kak ayu dapat terus tabah menghadapi dugaan ini.dan semoga Allah meringankan beban penderitaannya.Ya Allah Ya tuhanku hambamu ini memohon agar engkau tolonglah hamba mu kakak kak ayu yang didalam kesakitan itu.amin
Moga semuanya di permudahkan...amiin
ReplyDeleteSalam kenalan kak ayu..:)
Moga dia kuat semngat dan tabah menghadapi dugaan Allah kat dunia ni ye...Kita yang sihat ni kenalah banyak berdoa dan memberi semngat pada dia utk terus berjuang melawan sakit.Kuatkan semangat yer...Amin
ReplyDeletesalam ayu....
ReplyDeleteharap ayu n kakak tabah mnghadapi ujian ini...
semoga allah meringankn kesakitan dan penderitaan kakak ayu....
Salam Ayu
ReplyDeleteSebaknya baca cerita Ayu ni. Baru je hr Isnin sepupu mak meninggal, kanser tulang jugak. Moga semua tabah menghadapi ujian Allah ni.
Salam Ayu,
ReplyDeleteHanya Allah yg tahu penderitaan yg ditanggung oleh kakak ayu...harap ayu tabah menghadapi dugaan ini..sempena bulan ramadhan yg mulia ini akak doakan..Ya Allah Ya Tuhanku..engkau ringankan beban penderitaan penyakit kakak ayu dn semuga ianya cepat sembuh dn dpt menjalani kehidupan ini seperti biasa...amin
salam ayu...
ReplyDeletekak ina doakan kakak ayu setabah kak dalila...akk doakan allah permudahkan segala urusannya dan urusan seluruh ahli keluarga...
Ya allah kau berikanlahkasih sayang dan rahmatmu kepada yang menghidapi sakit ini dan kepada seluruh ahli keluarganya...amin..
kakak ayu sebaya dengan kak ina kan..semuga beliau tabah....berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...sabar yea ayu...semuga allah memberi kelapangan dalam segala hal..
Tabahkan ati, moga segalanya bertambah baik. Amin
ReplyDeleteSaya doakan yang baik-baik aje. Banyakkan bersabar dan bertenang ye kak, insya-Allah semuanya baik-baik aje. Amin.
ReplyDeletesalam semua...terima kasih kepada semua yang mendoakan kakak ayu itu. Semalam Ayu mengalami keadaan yang sangat getir bilamana dia seakan nazak akibat proses mengeluarkan air dari peparu itu. Namun, alhamdulillah...malam tadi keadaan dia semakin stabil. Ya Allah Ya Tuhanku...Kau panjangkanlah umur dia...semoga dia dapat mengharungi situasi ini dengan tabah..Semoga dengan doa kalian,dia tetap dapat bersama-sama dengan kita lagi..AMIN..
ReplyDeleteSalam ayu..
ReplyDeletebersabar ye..insya allah semua akan okay..doa saya sentiasa untuk kakak ayu...
Moga kakak ayu sabar dan tabah menghadapi ujian Alah yang maha hebat ni, moga dibukakan ruang untuk sihat seperti sedia.....
ReplyDeletesalam ayu...moga tabah hadapi ujian Allah...moga dipermudahkan penyakit kakak ayu ya...moga titipan doa dapat meringankan bebannya...Amin!
ReplyDeleteayu, takziah di atas pemergian pn. hamiza, semoga rohnya akan dicucuri rahmat... Amin.
ReplyDelete