aSsAlAmMuAlAiKuM.....

aSsAlAmMuAlAiKuM.....

Followers

Friday, May 21, 2010

Testing..


Salam berhujung minggu semua....
Hari ini adalah hari yang paling best sebaaabbbb....sok cuti!!!! horrrayyy...So, xde pe nak buat petang nih, hubby lak gi Pulau Kapas...bukan berjalan tapi kerja punya pasal....so, xde pe yg nak dijeleskan.. teringat lak yang bedday my boy next week (26th May..3 yrs old). Planning nye nk buat cupcake untuk hantar kat nursery dia..Apalagi, hari ni kite testing buat beberapa biji cupcake...reee...aalll punya tau, boleh makan..jom layannnzzz...!!!!












Baru kuar dari oven.....nyum..nyum..nyum  !!!




A day b4...try buat chocolate muffin....eemmmmmm!!!!



Persoalannya sekarang, qualified kah cupcakeku ini untuk dibawa ke nursery my boy untuk dimakan oleh anak-anak orang lain?? Macam tak semenggah jer...!??!!
Tapi rasa tip-top...tnyalah anak-anakku...sepetang dah hbis..

Tuesday, May 18, 2010

Sweet hanging pillows..

Salam sejahtera semua...dah beberapa hari x buat n3. Kalau nak cerita sebabnya pun, bukanlah ianya jadi penyebab tapi apa yang berlaku adalah suatu suratan yang telah ditetapkan oleh Allah. Ayu ada bercerita sebelum ini tentang arwah emak yang telah meninggal dunia pada awal tahun 2007 yang lalu. Kalau diimbas semula, pemergiannya adalah suatu yang paling sedih untuk dikenang. Namun, takdir Tuhan mengatasi segalanya. Ayu redha apa yang berlaku. Kalau frens sume nak tau, arwah emak meninggal dunia akibat penyakit yang paling kita semua takuti iaitu kanser. Arwah emak mengidap penyakit kanser tulang yang hanya diketahui beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. Dan yang paling menyedihkan, 6 tahun sebelum itu, arwah abang sulung juga meninggal dunia akibat kanser buah pinggang. 
Semalam, Ayu berkejar ke Johor Bahru kerana pergi mendapatkan satu-satunya kakak Ayu di dalam dunia ini yang kini juga sedang mengidap bone cancer rentetan dari breast cancer yang telah dihidapi 3, 4 tahun yang lalu. Tuhan telah mengurniakan Ayu sekeluarga satu dugaan yang cukup besar untuk kami semua hadapi. Terkadang terfikir bahawa, ini semua adalah salah satu lorongan supaya kami semua sentiasa mendekati Allah tanpa mengira masa. Allah mahu hamba-hambanya  sentiasa mengingati mati dan tidak hanya mengejar duniawi. 
Doakanlah semoga kakak Ayu dipanjangkan umur, diberikan ketabahan dan semangat yang kuat untuk terus berjuang melawan penyakit ini..InsyaAllah, Ja...kalau Ja buka blog Ayu ni...ketahuilah bahawa Ayu sentiasa mendoakan semoga Ja akan terus dipanjangkan umur untuk menjaga boy Ja sorang tuh...Daneal Shahmi..InsyaAllah Ja..
Kawan2...Ayu memohon u all semua doakanlah kakak Ayu agar selamat dari penyakit tersebut..dan dapat meneruskan hidup ini dengan lebih lama lagi..AMIN...


Oklah, kelangsungan hidup tetap kita teruskan. Well, di sini Ayu attachedkan gambar sweet hanging pillow yang dah lama Ayu tempah dari SueSweetCottage..sweetkan!! hang kat pintu bilik tidur 3 of my doters..
(sori ye Sue..dah lama bru nk n3..)




Pillows ni mengikut kehendak favourite colour memasing..seb baik Sue ada sume kaler tuh..


Ini pulak n3 pasal lemari2 yang dah agak lama berada dalam teratak Ayu.. lemari buku ni dah berumur hampir 15 tahun yang lalu iaitu almari yang dibeli oleh 1st salary yang diterima oleh hubby...haa...lama kan..dia memang sayangkan almari nih..seb baik dia bagi kite putihkan..asalnya kaler brown.


Yang ni pulak, kabinet tv pertama kami...pun dah lama dibeli..tapi sayang nak buang then kite putihkan dia jugak..(abaikan isi dalam yer...x sempat nk kemas)..nak decal2 pun x sempat lagi..


semua ni Ayu cat sendiri...hubby mmg x minat nak tolong, tapi asalkan dia x halang...tuh dah kire bagus dah tu..!!


Wednesday, May 12, 2010

ReNuNgAn BeRsAmA...

IBU BAPA BUKAN LIABILITI

ASSALAMUALAIKUM.....
Ini hanyalah sebagai satu renungan dan peringatan kepada kita semua yang masih mempunyai ibu dan bapa. Saya terima e-mail renungan ini dari kakak ipar saya yang sekarang berada di Korea mengikut abang saya yang bekerja disana...renung-renungkanlah..



PETIKAN: 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

    Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."


Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,  sukar ditembak reaksinya." Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.


"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.


Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.


Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi
pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).


Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.


"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.


Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.


" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupunperantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejk dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.


"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.


Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!


Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :


" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.


"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika
 memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Sahabat sekelian,


Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.


Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Demikianlah kandungan e-mail yg Ayu terima dari kakak ipar...Wan Nor Iza Wan Abdul Rahman (South Korea).

Namun semua itu tidak sempat Ayu lakukan semasa mereka meninggal. Ayu merasa sangat sedih bila peluang itu Ayu tidak rebuti. Ayu terlalu merindui mereka...hanya doa yang dapat Ayu iringi semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmatnNya. Maafkan saya, adik-adik dan kakak-kakak...maaf kerana saya menitiskan airmata semasa saya menaip cerita ini. Terlalu payah rasanya hidup ini tanpa ibu dan ayah lagi...sangat-sangat rindukan mereka...tanpa mereka, saya tak akan bahagia seperti sekarang. Paling saya sedih adalah bila saya tak berpeluang untuk bercerita dan berkongsi dengan emak akan apa yang saya baru ceburi sekarang iaitu dunia 'english' ini kerana saya tau dia memang sejiwa dengan saya dan amat meminati benda-benda seperti ini (kekadang berkata di dalam hati...bestnyer kalau mak ada..)......x apalah...semoga dunia 'di sana' lebih indah dari apa yang ada di sini...wallahuallam..




detik2 terakhir bersama emak...
(Allahyarhamah Hajjah Zaimah Kasuwadi)
Hari Raya - November 2006


Suke..suke..suke..




 
Hydrangea and roses on the bicycle..

Hmmm...malam tadi ntah kenape dok terfikir2...apa bunga yang sesuai dibeli untuk garden yang baru nak hidup tuh..well, tadi lepas jer sekolah...ngan anak2 terus gi Giant sbb kat tepi Giant tu ada nursery yang jual bebunga yang sgt2 sweet...

Belek punya belek...ternampak lak beskal kayu nih..hah!! apalagi trus rembat...rega pun murah ler sket dari beskal2 yang ramai kengkawan beli kat dalam blog tuh...sbb dari kayu ler katakan..meh kite tengok..



Hydrangea (orang kampung kata 'bunga tiga bulan' sbb bunga kembang selama 3 bln..ye ke?)


pink roses







Hydrangea at the front....roses at the back....







lum ape-ape...bunga dah gugur!! mmg dah tiba masa..

(p/s...frens..klu kite cat beskal tu kaler putih...ok ker? @ biar original cam tuh...any idea??)

Monday, May 10, 2010

Another Decoupage..



Salam...malam2 ni cuma nak citer pasal decoupage yang dah lama dibuat tp bru sempat nak upload, kalau tengok kat gambar bawah ni...ianya adalah hasil decoupage pada bread box n main-switch box..
bunyi macam sama tapi berbeza fungsi..jom tengok..



bread box..bila ditutup..


dan bila dibuka..


yang ni pulak..main switch box yang dah memang kaler putih so senang lah nak decoupage...
terhangut-hangut kepala masa nak lekatkan tisu..tinggi mak ai!!
Oklah..tu jer n3 malam nih...(dah takde idea lah tuh...)


Sunday, May 9, 2010

Chef At Home..




Alamak...perasan la tuh!!Ahak2..Takdenye...semalam kan Mom's Day. By the way...Happy Mother's Day to all beautiful and kind Moms out there..So, sempena Mom's Day semalam...ntah camner terajin lak menyediakan menu yang amat disukai oleh my beloved husband n kids...lasagna n salad..

 
Beside, here are cheese tart that I'd made for my family gathering at PutraJaya...night before Mom's Day..Ini adalah cheese tart yang terbesar pernah saya buat..



Lasagna ni buat masa dekat2 nak Maghrib semalam...so, jadi santapan makan malam lah...


Kalau nak tambat hati mom n dad in law...bagi jer menu nih...pasti makin sayang kat menantunya nnti..















Lasagna ni kalau orang kampung tnya apa bendanye ni...cakap jer namanya ..'Lazatnya'..so. x ler terbelit nak menyebutnya. Makan pulak bersama salad sayuran...


Anak-anak suka salad ni sbb ada sayur salad...tp salad purple tu quite bitter rasanya...campur lak ngan buah epal..ehmm, jom lah try..inipun ala2 English jugak kan!!


Friday, May 7, 2010

Topiary Collection


Ehmmm...sebenarnya, x tau nak citer apa lagi...nk tunjuk2 hasil FA...x mula-mula lg nak praktis...sudahnye dah kena marah ngan GuruBesar Jun...sori la ek cikgu yer...
So kat sini nak tunjuk jer lah apa yang ada kat umah nih..koleksi topiary yang x seberapa nih..memang suke sangat2 ngan topiary, klu boleh nak tambah2 kan lagi koleksi ni sbb sooo cute!!


Ini kategori topiary gak kan...tempah kat florist..siap ada rerama lg..


yang ni pulak beli ngan Linashah...cute2 jer topiary nih..



yang ni lagi kelakar...vase tu beli kat pasar minggu Shah Alam, meanwhile top beli kat KK Nilai..
macam kepala orang yang kena potong rambut ala 'orang Penan'..hek2!! 




Yang ni 'memang saiz besar ni...beli ngan Lynn..setinggi my boy yg 3 tahun tuh..
berkenan masa jenjalan ke umah Lynn dulu.



this is my 1st topiary collection..beli kat Romantika Melaka..
letak kat luar umah jer..

Oklah...tu jer nak citer...
(nyampah! tu pun nak citer kat orang....suke kite le, x nak tengok pun x pe..kite x kesah..)

Wednesday, May 5, 2010

gIvEaWaY fRoM iRa PiNk ViNtAgE...


Orang nak kite pun nak...begitulah adanya manusia...orang bagi peluang kite amik peluang...begitulah adanya insan..so, disebabkan dah namanya manusia...maka saya pun nak gak join GA dari Ira nih....


Sayart-syarat yang telah ditetapkan adalah:
Q : Perlu letak komen dalam entry Ira
A : Dah...baru letak tadi..


Q : Perlu jadi follower
A : Dah lama dah..


Q : Perlu buat satu entry pasal GA ni
A : Tengah buat ler nih..

Soalan yang termaktub adalah...


a) Macamana dapat tau blog Pink Vintage?
Alaa...akak lalu-lalang kat dalam tenet nih..terpandang lah satu signage yang begitu menawan hatiku...so, apalagi singgah ler...tgk2 rupanya blog Ira yg menawan tuh..begitulah adanya cerita.


b) Apa pendapat anda tentang blog Pink Vintage?
Very nice...sentiasa ada pembaharuan yang menawan hatiku


c) Kekerapan dropby ke blog Pink Vintage?
Everytime buka blog sendiri...

d) Andaikata anda yang menang...apa nak buat?
Thanks God..thanks to U too Ira..
Tunggu abang men kat depan umah...nak dapat hadiah...hak2!!


Okay...yang lain2, jom ler join GA nih...mcm best giler jer!!
Dateline: May 15, 2010.





Monday, May 3, 2010

Belajar FA dgn Jun..

Last weekend, kite dapat peluang meloloskan diri ke Melaka...nak blajar FA ngan dak Jun Farsweethome..so, inilah hasilnya...malangnya x sempat lg nak praktis kat umah sebab segala perkakas lum sempat nak beli..kite layan dulu hasil blajar FA ngan Jun..


Dak Jun kata...bawa jer apa-apa papan yg ada, yg teringat kat kepala papan lapik kek...tu ler jadinyer..hek2!!



upside..



downside..

sambil2 tu sempat gak kite watkan dak Jun cheese tart 'giant' sbb slalu buat comei2...tp yg ni wat besaq untuk Jun sekeluarga...seb baik anak-beranak die suker makan tart tuh...thanks ye Jun sayang !!



nyum..nyum..

at last...kat sini ler terlekatnyer my first FA hasil dari Melaka Bandaraya Bersejarah...
Layannn...zass!!



Tiramisu Recipe

Salam...oklah, sebenarnya hari tu masuk n3 tentang tiramisu tuh mmg terfikir gak nak bagi resepi skli. Tp masa tuh malas lak nak menaipnyer. Dah tu bila dah ada beberapa orang yang nak so akak bg je lah kat sini...sekali jer tulis..ramai leh tau kan. Alaa..kot ikutkan, resepi ni dari MyResipi.com. Senang sangat sebab xpayah nak masak guna api...opss!! camne tuh?Jom baca resipi ni..


Bahan-bahan :
Sebiji sponge cake/chiffon cake (beli jer kat Giant/bakery)
250g cream cheese
250g whipping cream
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan bancuhan serbuk nescafe ngan air panas
Sedikit serbuk koko

 Method:
1. Potong kek jadi 3 @ 2 lapis.
2. Meanwhile, pukul kedua2 cream dalam mixer till fluffy, add gula and stir again.
3.Susun 1st layer kek dalam loyang/mangkuk/springfoam/apa2 bekas.
4. Siram bancuhan nescafe atas kek tersebut hingga rata (gunakan sudu).
5. Then, tuangkan 1/3 bancuhan cream atas kek.
6. Next, 2nd layer kek letak atas cream layer tadi. Ulang step 4 & 5.
7. Lastly, buat smpi 3rd layer. Atas sekali mesti ditutup ngan cream.
8. Chill 2/3 hrs/overnight.
9. Tabur ngan serbuk koko. Gunakan penapis kopi.
10. Ready to eat.

(kot masih x faham...anytime leh tnya akak ek..)
So, selamat mencuba...


Yang dah jadi...(gambo hri tuh..)



Masukkan cream cheese ngan whipping cream dlm mixer..



Mix smpi kembang..



Layerkan antara kek ngan cream...suka hati lah..nk 2 lapis ke @ 3 lapis..



Simpan dlm fridge overnight..



Sebelum kuarkan dari loyang, taburkan dulu serbuk koko...then, leh ler nyum..nyum!!