Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Ishhh...rasa macam bersalah pulak bila baca komen2 uolls yang nakkan resepi Custard Fruit Tart nih...x sangka plak sbb ngatkan nak tunjuk jer...ghupenye ghame yang berkenan...okeylah, meh kita tengok resepinya tapi dengan syarat...cuba tau!!! Sapa dah cuba kena lar inform kat cikgu yer....(ceeehhhh!! dah prasan jadi cikgu plak...tapi ku memang cikgu...huhu!!! nak kata apa....)
Bahan-bahannya:
~ 250g butter (Anchor, SCS, Golden Churn)
( jgn guna Buttercup, nnti berminyak sgt.)
~ 120g icing sugar
~ 480g tepung ros @ tepung MFM
~ 2 biji telur (saiz sederhana)
~ esen vanilla
Inti:
~ 100g instant custard (powder)
~ 100g whipping cream (Anchor seeloknya)
~ 200g air sejuk (dari fridge)
~ Compound Choc @ apa2 chocolate masakan
Cara-caranya:
1. Pukul butter dgn gula gunakan mixer
2. Masukkan telur
3. Masukkan esen
4. Masukkan tepung dan gaul guna jari
5.Masukkan sedikit bancuhan kedalam acuan
-tekan-tekankan nipis dan ratakan dibahagian atas...bentukkan seperti cup
Acuan ni saiz 5
6. Bakar hingga masak (dalam 20~25 minit)
7. Sejukkan then sapukan melted choc gunakan brush (saiz 2)
8. Agk2 choc dah keras, paipkan custard ke dalam cup td then hias ngan buah.
Cara buat inti custard:
1. Kacau instant custard dengan whipping cream
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit
3. Kacau hingga bancuhan custard nampak agak rata dan cantik
4. Then paipkan ke dalam cup guna apa2 nozzle yang sesuai...saya gunakan yang ini...
5. Akhir sekali, hiaskan dgn buah-buahan.
6. Kalau nak makan the next day, bolehlah simpan dlm fridge sekejap (overnight)
Okay, rasanya itulah caranya untuk membuat Custard Fruit Tart. Nak kata mudah mmg mudah tapi adalah beberapa steps yg perlu dilakukan sbb tart nih cinonet...seketui2 lar nak dimake-upkan....kay!!
Sapa2 tak faham, tanya jelah....
No comments:
Post a Comment